Wednesday, May 30, 2018

Permohonan Meter Tnb




Kos pemasangan meter tnb 

adalah berbeza bergantung pada jenis permohonan meter samaada bekalan meter 1 fasa atau meter 3 fasa.

Terdapat dua pembayaran yang perlu dibuat iaitu pembayaran kepada kontraktor yang menguruskan permohonan termasuk pemasangan pendawaian lengkap dari papan meter ke dalam rumah dan juga pembayaran ke pihak TNB iaitu caj sambungan pengguna dan deposit meter.

Harga caj bayaran kontraktor untuk pengesahan pemasangan lengkap, pengujian dan permohonan ke TNB adalah bergantung pada skop kerja dan jenis permohonan. Sebelum permohonan dibuat papan meter perlu disediakan terlebih dahulu lengkap dengan pendawaian ke kotak agihan (DB).

Caj sambungan pengguna (CSP) perlu dibayar ke TNB setelah permohonan diluluskan dan caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan samaada talian atas (overhead) iaitu antara tiang ke papan meter atau talian bawah tanah (underground). Untuk talian atas kos 3 tiang pertama adalah percuma dan tiada penambahan caj tiang dikenakan oleh pihak TNB.

Caj cagaran deposit meter juga perlu dibayar ke TNB setelah sambungan elektrik dibuat oleh pihak TNB. Deposit meter yang dikenakan pula bergantung pada jenis rumah samaada meter 1 fasa atau meter 3 fasa dan untuk premis perniagaan pula bergantung pada kehendak maksima penggunaan bebanan (maximum demand).


SENARAI DEPOSIT METER 1 FASA (DOMESTIK)



SENARAI DEPOSIT METER 3 FASA (DOMESTIK)



Perkhidmatan pemasangan meter TNB sila hubungi:
013-7796164 En.Fadil

No comments:

Post a Comment